http://ubkmahkotamelaka.blogspot.com/

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tn Hj Abu Zaki b Baki
Pn Rohaya bt Saleh
Pn Rugayah bt Sulaiman
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Hjh Kamsiah bt Shaari

Tuesday, March 30, 2010

MAJLIS PERPISAHAN UNTUK PN KASMAH BINTI OTHMAN ( GPK 1 )

Hari ini ( 31/3/2010 - Rabu ) telah di adakan Majlis Perpisahan Untuk Pn Kasmah binti Othman kerana berpindah ke SMK Seri Bemban. Majlis telah diadakan di Dataran Perhimpunan bersama warga sekolah iaitu guru-guru dan pelajar.
Majlis di mulai dengan ucapan Pengerusi Majlis, En Mohd Azrim dan bacaan doa oleh En Abd Rahim. Seterusnya ucapan daripada Pn Pengetua, Pn Hjh Bibah binti A Rahman dan ucaputama daripada Pn Kasmah.
Info :-
Bertugas di SMK Seri Mahkota hampir empat tahun dan merupakan sekolah yang ketiga tempat beliau bertugas. Sepanjang perkhidmatan telah berkhidmat dengan 7 orang pengetua. Tidak pernah menjadi Ketua Bidang dan kerana kecemerlangan terus berkhidmat sebagai GPK Hem.
TERIMA KASIH ATAS JASA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN.
SELAMAT BERTUGAS DI SMK SERI BEMBAN.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 1/2010

Pada 27 Mac 2010 ( Sabtu ) telah diadakan program LADAP di Dewan Mahkota, SMK Seri Mahkota dari jam 8.00 pg - 12.30 tgh. Pengisian LADAP kepada QNet dan Analisis Item.
Taklimat QNet telah disampaikan oleh Pn Kasmah bt Othman ( GPK 1 ) dan Analisis Item di jalankan oleh Panitia.

TAKZIAH BUAT CIKGU ABD SAMAD BIN ABD AZIZ KERANA PEMERGIAN BONDA TERCINTA

Salam takziah buat Cikgu Samad kerana pemergian bonda tercinta pada 30 Mac 2010. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnyadan di tempatkan disamping ornag-orang yang beriman.
Al Fatihah.

Thursday, March 25, 2010

TAKLIMAT PROFESIONAL PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING SERTA KERJAYA DI KOLEJ KOMUNITI JASIN

Pada 26/3/2010 ( Khamis ) jam 2 petang telah diadakan satu taklimat kepada guru-guru kaunseling Daerah Jasin di Kolej Komuniti Jasin bersama dengan Pengarah Kolej Komuniti Jasin, Pegawai JPM ( En Ahmad b Othman ) dan Pegawai PPDJ ( En Tuah b Talip ).
Tujuan program ini diadakan untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan B&K dan menjalinkan kerjasama dengan Kolej Komuniti.
Majlis tamat jam 4.30 ptg.

UJIAN SARINGAN TAHUN 2010







Ujian Saringan telah di adakan pada 23 Mac dan 26 Mac 2010 ( Selasa dan Khamis ) selama 2 hari. Hari pertama bagi kategori L/P B dan C, manakala hari ke 2 katogeri L/P A. Pada hari pertama, hujan lebat pada sebelah pagi menyebabkan padang basah.

Setakat ini, Rumah Bendahara di ketuai Guru Penasihat, En Suhaimi dan Pn Rodziah sedang mendahului rumah sukan yang lain dari segi pungutan mata.


HIDUP BENDAHARA!!!!






Tuesday, March 23, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN TAHUN 2010

Jadual Latihan Dalam Perkhidmatan adalah seperti berikut:-



  • LDP1 - 27/3/2010
  • LDP2 - 24/4/2010
  • LDP3 - 22/5/2010
  • LDP4 - 24/7/2010
  • LDP5 - 28/8/2010
  • LDP6 - 23/10/2010
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

EKSPLORASI SATU MALAYSIA ( RIMUP )

24/03/2010 ( RABU )

Satu program Eksplorasi Satu Malaysia ( RIMUP ) telah dilaksanakan kepada pelajar bukan Melayu ( Cina dan India ) dan 2 orang ahli daripada setiap Persatuan dan Kelab.
Tujuan program ini adalah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu serta meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik dan sahsiah murid.
Program ini telah dijalankan semasa hari aktiviti kokurikulum iaitu hari Rabu jam 8.20 - 9.40 pg. Program ini akan dijalankan secara 2 peringkat:-
  • Sesi taaruf dan pembentukan kumpulan
  • Menjalankan aktiviti yang ditetapkan disetiap check point.
Sebelum sesi taaruf, GPK Koku En Buang b Boyak telah menyampaikan ucapan dan menjelaskan tujuan program Eksplorasi Satu Malaysia ( RIMUP ) di adakan dan mengharapkan semua peserta memberikan komitmen dalan setiap aktiviti yang dijalankan.
Aktiviti seterusnya akan di adakan pada minggu hadapan pada hari Rabu.

Monday, March 22, 2010

PERMATA SMK SERI MAHKOTA TAHUN 2010

22 Mac 2010 ( Isnin ) telah dilaksanakan pelancaran Program Permata Mahkota oleh Pengetua SMKSM Pn Hjh Bibah bt A Rahman. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan murid cemerlang pencapaian akademik di samping mempunyai sahsiah terpuji.

Sasaran kepada calon PMR, SPM dan STPM.

Permata Mahkota PMR
  • Nor Nabilah bt Nor Azman - 3A
  • Najihah bt Abdul Rahman - 3A
  • Nurul Huda bt Abdul Rahim - 3A
  • Mu'ammar Dani b Saifudin - 3A
  • Nur Liyana bt Rahman - 3A
  • Amira bt MD Sahar - 3A
  • Fatin Wahidah bt Wahid - 3A
  • Mohd Rafidzi b Mohd Ramdzi - 3A
  • Bazilah Sarihah bt Buang - 3A
  • Abdul Muiz b Hamirudin - 3A
  • Nur Qamarina bt Abd Rahman - 3A
  • Nur Khairani bt Kamarudin - 3A
  • Nur Afiqah bt Abdullah - 3A
  • Siti Nabila bt Minhad - 3A
  • Siti Nurhayah bty Mansor - 3A
  • Ummi Najihah bt Sulaiman - 3A
  • Nazihah Annurah bt Muhammad - 3A
  • Mohd Sahfuan b Darus - 3A
  • Luqman Nur Hakim b Zainal - 3A
  • Nurul Husna bt Abd Majid - 3B

Permata SPM

  • Nur Farhana bt Mansor - 5 Alfa
  • Nur Amalina bt Mohamad - 5 Alfa
  • Mohd Fatahul Nizam b Mohd Haris - 5 Alfa
  • Husaini b Roslan - 5 Alfa
  • Nurul Aznira bt Rosnin - 5 Alfa
  • Nur Ain bt Mahat - 5 Alfa
  • Nurizwani bt Masshor - 5 Alfa
  • Nurul Ezzati Aida bt Amsah - 5 Alfa
  • Nurul Izzah bt Sazali - 5 Alfa
  • Nor Ashikin bt Ismail - Alfa
  • Suraya bt Rahmat - 5 Alfa
  • 'Aliaa Afiqah bt Zainal Abdin - 5 Alfa
  • Ferra Deannatun bt Ibrahim - 5 Alfa
  • Noor Izyani bt Mohammad Tahir - 5 Alfa
  • Nur Farah Liyana bt Zulkhairi - 5 Beta
  • Noor Hafizah bt Roslan - 5 Beta
  • Mahayuni bt Zamani - 5 Beta
  • Muhammad Fikri b Masiron- 5 Beta
  • Siti Salwah bt Abu Bakar - 5 Arif
  • Puteri bt Haron - 5 Arif

Permata Mahkota STPM
  • Izzati bt Mat Yusof - 6 Atas Munshi
  • Siti Norazimah bt Abd Aziz - 6 Atas Munshi
  • Siti Fatihah bt Samad - 6 Atas Munshi
  • Nur Farhanah bt Yusof - 6 Atas Munshi
  • Nur Wahyuni bt Husin - 6 Atas Munshi
  • Nurul Amiera bt Zainal - 6 Atas Munshi
  • Norhasyimah bt Basrah - 6 Atas Zaaba
  • Siti Hawa Familisa bt Salimin - 6 Atas Zaaba
  • Siti Nooratika bt Rosri - 6 Atas Zaaba
  • Nur Fatin bt Nordin - 6 Atas Zaaba
  • Noor Nasiha bt Kamarudin - 6 Atas Munshi
  • Nur Rasyidah bt Mad Nor - 6 Atas Munshi
  • Siti Nafisah bt MAzlan - 6 Atas Munshi
  • Nur Ashikin bt Asyaari - 6 Atas Munshi
  • Nur Aziela bt Ramli - 6 Atas Munshi
  • Dhuha bt Zainal - 6 Atas Munshi

Saturday, March 20, 2010

Kemana selepas SPM

Banyak tempat yang anda boleh pergi selepas SPM. Bagi yang mempunyai pencapaian cemerlang tidak ada masalah untuk memohon kemana-mana IPT tetapi yang kurang mungkin ada masalah. Apa pun kita kena bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Pada yang bekerja keras tetapi tidak mendapat result yang setimpal dengan usaha anda, anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita berusaha lebih lagi. Banyak peluang yang anda boleh pergi dengan syarat anda berusaha dan tidak mudah putus asa.

- Membuat permohonan ke matrikulasi dengan syarat mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan pada peringkat SPM. Ada 3 jenis kursus yang di tawarkan di matrikulasi:-
  • Sains - Sains Hayat dan Sains Fizikal
  • Perakaunan
  • Teknikal ( untuk calon daripada sekolah menengah teknik )
- Kepada yang cemerlang boleh melanjutkan pelajar ke IPTA dengan syarat mendapat lima kepujian dalam SPM. Anda boleh memohon ke IPTA menggunakan laman Kementerian Pengajian Tinggi http://www.upu.mohe.edu.my/ dengan syarat membeli no pin RM 6.00 di BSN. Walaupun saya ada membekalkan satu booklet kursus-kursus yang ditawarkan di sesi 2010/2011 tetapi anda harus melihat syarat kemasukan bagi setiap kursus yang dipohon.

- Bagi yang berminat untuk mengikuti Kursus Perguruan untuk Lepasan SPM boleh membeli no. pin berharga RM 6.00 di Bank Simpanan Nasional dan membuat permohonan secara online di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Nasihat saya untuk membuka laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia paling senang dengan melalui laman sesawang Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Sebelum itu anda kena pastikan anda mendapat gred cemerlang atau A dalam tiga mata pelajaran iaitu :-

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • satu lagi dari mana-mana mata pelajaran
  • lulus Bahasa Inggeris
- Anda juga boleh memohon ke politeknik dengan membuat pembelian no pin di Bank Simpanan Nasional dan membuat permohonan di laman sesawang politeknik
- Bagi yang berminat untuk mengikuti Kursus Separa Perubatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia hanya perlu membuat permohonan di laman sesawang http://www.spa.gov.my/. Calon pelatih di kolej di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan syarat kemasukan:-
  • Sijil Pelajaran Malaysia dengan 3 kepujian dan 3 lulus termasuk Bahasa Melayu.
  • Lulus ujian lisan pada peringkat SPM
  • Keutamaan kepada calon yang mendapt kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
Kursus di Kementerian Kesihatan adalah bertaraf diplomaa. Kursus yang ditawarkan :-

a. Jururawat
b. Jururawat Pergigian ( perempuan sahaja )
c. Juruteknologi Makmal Perubatan
d. Juruteknologi Pergigian
e. Jurupulih Cara kerja
f. Jurupulih Anggota
g. Pembantu Persekitaran
h. Pembantu Farmasi
i. Pembantu Perubatan ( telah mula dibuka kepada calon perempuan )
j. Juru X-ray

- Bagi yang tidak memiliki syarat seperti yang di atas anda boleh memohon kursus Jururawat Masyarakat Pelatih, Atendan, Bomba, Imigeren, Kastam, kerani dan lain-lain pekerjaan lain dengan menggunakan PMR dan SPM di laman sesawang yang sama.

- Bagi yang berminat untuk ke Kolej Komuniti, sila layari laman sesawang online.bpkk.

- Selain itu juga anda boleh memohon untuk menyambungkan pengajian anda di mana-mana IPTS yang ada di Malaysia dengan syarat pastikan IPTS tersebut telah mendapat kelulusan daripada Majlis Akriditasi Negara (MQA)

- Sekiranya anda ditawarkan ke Tingkatan 6, terimalah ia dan diharapkan anda memperolehi pencapaian cemerlang dalam STPM. Di tingkatan 6 disediakan biasiswa. Di kawasan Merlimau, anda boleh belajar ke tingkatan 6 di SMK Seri Mahkota dan SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub bagi aliran sastera. Aliran sains akan ditempatkan di SMK Dang Anum. Unutk daerah Jasin di SMK Datok Bendahara ( Sains dan Sastera ) dan SMK Iskandar Shah. Pelajar aliran agama akan di tempatkan di SMKA Sultan Muhamad.
- Anda juga boleh menyambungkan pengajian di Institut Latihan Perindustrian ( Kementerian Sumber Manusia ), Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA, Giat MARA. Rujuk iklan di akhbar-akhbar utama.
- Bagi yang berminat nak jadi tentera dan polis, sila lihat akhbar untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh dan tempat pemilihan dibuat.
- Selain daripada di atas anda boleh memohon pekerjaan di sektor swasta, kerajaan melalui laman sesawang http://www.jobmalaysia.my/ atau lihat iklan-iklan di akhbar-akhbar utama.
- Bagi mereka yang memohon pada kemasukan Julai tetapi tidak diterima terutama di Universiti Teknologi MARA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian dan IKM, anda jangan rasa khuatir kerana IPT berkenaan akan membuat pengambilan sekali lagi untuk kemasukan bulan Disember. Untuk UiTM, sila lihat iklan di akhbar-akhbar utama pada bulan Ogos.
DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

Thursday, March 11, 2010

PELAJAR CEMERLANG SMK SERI MAHKOTA 2009


Semalam 11 Mac 2010 ( Khamis ) telah diumumkan keputusan SPM. SMK Seri Mahkota berjaya memperoleh 94.7% ( 317 pelajar ) berbanding pada tahun 2009 90.8% ( 303 pelajar ). Tahniah kepada semua guru dan pelajar.


Sekolah juga telah menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang dalam majlis ringkas sebagai menghargai kejayaan mereka.


Pelajar cemerlang SPM tahun 2010 adalah :-



  • How Yong Guan - 10 A

  • Chua Lee Chan - 8A
    Mohamad Firdaus b Tubari - 8A
    Siti Fairus bt Latif - 7A
    Intan Zahara bt Rahim - 7A
    Irma Wahida bt Tatam - 7A
    Nur Nabilah bt Ismail - 6A
    Nur Alfia bt Adam - 6A
    Ainul Adiba bt Saleh - 6A
    Abdul BAzit b Yusof - 5A
    Siti Aishah bt Mustafa - 5A
    Mohd Redzuan b Mohd Shah - 5A
    Mohd Dhiaudin b Baharudin - 5A
    Noraini bt Yaakob - 5A

Pelajar cemerlang STPM 2009



  1. Amylia Yasmin bMohd Raisman Ng - 4P

  2. Muhammad Hasri b Hassan - 4P

  3. Nakulan A/L Nagaraja - 4P

  4. Nor Adawiyah bt Padullah - 4P

  5. Muhammad Arif b Eshak - 4P

  6. Nor Hazwani bt Yahya - 4P

  7. Nurul Nadia bt Rahman - 4P

Pelajar Cemerlang PMR 2009



  1. Muhammad Syemer b Md Johar - 8A

  2. Siti Alijah bt Mohd - 8A

TAHNIAH!!

Tuesday, March 9, 2010

JADUAL UJIAN SELARAS 2 TAHUN 2010











Di bawah adalah Jadual Ujian Selaras 2 Tingkatan 1 bagi tahun 2010 dan selaras bagi seluruh Negeri Melaka.




kerana ponteng



TAKZIAH BUAT ALLAHYARHAM MOHD FAIRUS BIN ABD RAHMAN

Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Fairus b Abd Rahman ( Tmn IKS Pulai ) kerana telah kembali ke rahmahtullah pada 7 Mac 2010 setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang beriman.

Allahyarham merupakan anak kedua dan merupakan atlit sekolah.

RAKYAT MALAYSIA TERIMA QUEEN'S PRIZE




Berita Harian 21 Februari 2010 melapurkan seorang pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu, Noor Zaiton bt Yahaya telah menerima pingat hadiah Ulangtahun Queen untuk Pengajian Tinggi 2009 ( Queen's Prize ) bagi kajian sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar.




TAKZIAH KEPADA PN NORLELA BT MUNIB


Al Fatihah buat Allahyarham Munib kerana kembali keramhtullah. Beliau merupakan bapa kepada Cikgu Norlela bt Munib. Semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Tuesday, March 2, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH











Hari ini berlangsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada 3 Mac 2010. Ia bermula jam 7.40 pg dengan bacaan selawat. Selepas pelajar bergerak ke Dewan Mahkota untuk mengikuti sesi bacaan Al Quran yang dibacakan oleh Saudara Ahmad Zaki b Elham dan terjemahan oleh Saudara Taqwa.








Acara seterusnya tayangan slaid mengenai kelahiran Nabi Muhammad saw. Kemuncak adalah acara Forum yang dipengerusikan oleh Tn Hj Zawawi ( Pegawai JAIM ) dan Tn Hj Daharum ( Ketua Unit Pendidikan Islam, JPMelaka )








Monday, March 1, 2010

STPM TAHUN 2009




TAKLIMAT PENGISIAN KE IPTA BAGI CALON STPM 2009

Semalam iaitu 1 Mac 2010 seramai 10 orang bekas pelajar Tingkatan 6 telah datang ke sekolah untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai permohonan ke IPTA. Pelajar diberi pendedahan pemilihan kursus berdasarkan pencapaian dalam STPM dan SPM. Tujuan taklimat adalah pelajar dapat mengisi permohonan dengan tepat dan pemilihan kursus berdasarkan pencapaian dan minat kerjaya.
Pelajar juga boleh membuat permohonan terus dengan menggunakan komputer yang sedia ada di Bilik Kaunseling.

GURU PELATIH KAUNSELING

Pada 22 Februari 2010, sekolah mendapat dua orang Guru Pelatih Kaunseling daripada Universiti Putra Malaysia iaitu Cik Siti Nuradni bt Abd Halim dan Cik Tan Sue Ern. Mereka akan menjalani latihan praktikum sehingga 22 Mei 2010.

Selamat Datang dan Selamat Bertugas.