http://ubkmahkotamelaka.blogspot.com/

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tn Hj Abu Zaki b Baki
Pn Rohaya bt Saleh
Pn Rugayah bt Sulaiman
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Hjh Kamsiah bt Shaari

Friday, October 1, 2010

MAJLIS MOHON RESTU 2010

Hari ini 1 Oktober 2010 berlangsung Majlis Mohon Restu untuk calon PMR dan Solat Hajat untk calon PMR, SPM dan STPM.

Wednesday, May 5, 2010

KEM WAJA DIRI 2010

Kem Waja Diri 2010 merupakan anjuran Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Unit Koku JPM Melaka. Program ini telah di adakan pada 3 - 5 Mei 2010 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka, Lancang, Melaka.
Sasaran kepada pelajar perempuan tingkatan dua. Seramai 58 orang peserta mengikuti program ini. Antara aktivitinya ialah ice breaking, latihan dalam kumpulan, ceramah polis dan kesihatan, aktiviti berbasikal, kayak dan water confident.
Fasilitator adalah Tn Hj Sulaiman ( Ketua Fasilitator ), Pn Salmah ( Kem Komandan ), En Azman, Pn Hjh Normah dan Pn Rugayah.
Pelajar SMK Seri Mahkota yang terlibat adalah Zainie, Suhaila, Melisa dan Noraini.

HARI KUALITI 2010

Pada 6 Mei 2010 telah berlangsungnya Hari Kualiti di sekolah. Matlamat utama hari kualiti adalah memberi anugerah atas pencapaian cemerlang pelajar pada peringkat SPM dan STPM 2009 dan juga memberi anugerah kepada guru yang meningkat pencapaian matapelajaran masing-masing.
Selain itu juga diadakan 'Cerama Motivasi' yang disampaikan oleh Mantan Naib Canselor UiTM iaitu Yg Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Prof Ibrahim b Abu Shah kepada calon PMR, SPM dan STPm 2010.

Monday, April 26, 2010

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU AZMAN SHAFIEE

Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Azman (Guru Cemerlang ICT SMK Seri Mahkota ) yang banyak membimbing aku dalam membuat blog ni. Banyak perkara aku belajar dengan dia.
Tak lupa juga pada Kak Kamsiah yang banyak memberi dorongan dalam menghasilkan blog ini.
Terima kasih

SEKOLAH BARU SMK PERNU

Pada minggu lepas, aku dapat surat arahan daripada pengetua untuk mengurskan perpindahan pelajar ke SMK Pernu yang ihantar oleh PPD Melaka Tengah. Menurut surat tersebut sekolah ini akan dibuka pada 21 Jun 2010 dan bahagian pentadbirannya akan beroperasi pada 1 Jun 2010.
Bermula hari Khamis 23/04/2010,aku mula bergerak ke kelas-kelas terutama Tingkatan 1 dan 2. Aku beri taklimat sedikat berkenaan dengan sekolah baru. Permohonan pertukaran terbuka kepada pelajar yang tinggaldi Kg Pernu, Bukit Kecil, Bukit Pegoh, Bukit Meta, Bukit Larang, Telok Mas, Bukit Tembakau, Alai dan Bukit Durian. Terbuka juga kepada yang lain kalau rasa nak naik bas dan bangun awal. Taklimat ke tingkatan 4, aku buat setalah aku call En Mohd Nizam untuk mendapatkan kepastian mengenai pakej mata pelajaran tingkatan 4.
Rehat menengah rendah dan atas, ramai pelajar yang datang berjumpa aku untuk dapatkan borang pertukaran. Insyallah dalam minggu ni aku cuba clearkan dulu borang permohonan dan selepas ni nak masukkan dalam disket yang dibekalkan. Menurut surat yang dihantar 4 buah sekolah yang terlibat adalah SMK Telok Mas, SMK Padang Temu, SMK Amir Molek dan SMK Seri Mahkota.

TAKZIAH BUAT CIKGU HASMIDAN

Takziah buat Cikgu Hasmidan kerana pemergian bonda tercinta ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di samping orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.

Sunday, April 25, 2010

LARIAN BATON SUKMA TAHUN 2010 DI MELAKA







Pada 25 April 2010, sekolah kami dipilih untuk terlibat dalam Larian Baton di Adun Serkam sempena Sukan Malaysia di Melaka pada bulan Jun ini. Seramai 120 orang pelajar Tkn 1 dan 2 dari Kg Pulai, Serkam dan Umbai di pilih untuk menyertai program di atas. Tidak ketinggalan 12 orang guru yang diketuai oleh En Buang b Boyak (GPK Ko ku ), En Khairatul Anuar, Tn Hj Mustafa, Tn Hj Abu Zaki, Tn Hj Zainudin Azman, Pn Rohaya, aku, Farhana, Maslina, Kamariah, Azrim.

Sebelum acara larian baton dimulakan, acara senamrobik terlebih dahulu diadakan. Seronok sebab berpeluang senamrobik. Kemudian diikuti oleh bacaan doa dan ucapan oleh ADUN Serkan Tn Hj Ghazalee. Seterusnya acara larian baton dimulakan dengan diketuai oleh Tn Hj Ghazale sendiri. Mereka yang terlibat dikehendaki mengikuti larian tersebut dan diletakkan disetiap check point.

Laluan larian Baton bermula dari Japerun Serkam, diikuti ke Kg Sempang, Kg Tedong Pantai, Kg Serkam, kg Pulai, kg Seri Minyak, Kg Umbai, Kg Berangan Enam, Kg Bkt tembakau dan beakhir di Perkampungan Ikan bakar Terapung. Di Jeti Kg Sempang Pantai larian baton di sambut oleh 5 orang pahlawan Melaka.

Walaupun merka terllibat sangat penat tetapi mendapat satu pengalaman yang sangat menarik. Acara larian berakhir pada 12.00 tengahari. Jumpa di Sukan Malaysia.