http://ubkmahkotamelaka.blogspot.com/

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tn Hj Abu Zaki b Baki
Pn Rohaya bt Saleh
Pn Rugayah bt Sulaiman
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Hjh Kamsiah bt Shaari

Monday, April 26, 2010

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU AZMAN SHAFIEE

Rasanya belum terlambat aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Azman (Guru Cemerlang ICT SMK Seri Mahkota ) yang banyak membimbing aku dalam membuat blog ni. Banyak perkara aku belajar dengan dia.
Tak lupa juga pada Kak Kamsiah yang banyak memberi dorongan dalam menghasilkan blog ini.
Terima kasih

SEKOLAH BARU SMK PERNU

Pada minggu lepas, aku dapat surat arahan daripada pengetua untuk mengurskan perpindahan pelajar ke SMK Pernu yang ihantar oleh PPD Melaka Tengah. Menurut surat tersebut sekolah ini akan dibuka pada 21 Jun 2010 dan bahagian pentadbirannya akan beroperasi pada 1 Jun 2010.
Bermula hari Khamis 23/04/2010,aku mula bergerak ke kelas-kelas terutama Tingkatan 1 dan 2. Aku beri taklimat sedikat berkenaan dengan sekolah baru. Permohonan pertukaran terbuka kepada pelajar yang tinggaldi Kg Pernu, Bukit Kecil, Bukit Pegoh, Bukit Meta, Bukit Larang, Telok Mas, Bukit Tembakau, Alai dan Bukit Durian. Terbuka juga kepada yang lain kalau rasa nak naik bas dan bangun awal. Taklimat ke tingkatan 4, aku buat setalah aku call En Mohd Nizam untuk mendapatkan kepastian mengenai pakej mata pelajaran tingkatan 4.
Rehat menengah rendah dan atas, ramai pelajar yang datang berjumpa aku untuk dapatkan borang pertukaran. Insyallah dalam minggu ni aku cuba clearkan dulu borang permohonan dan selepas ni nak masukkan dalam disket yang dibekalkan. Menurut surat yang dihantar 4 buah sekolah yang terlibat adalah SMK Telok Mas, SMK Padang Temu, SMK Amir Molek dan SMK Seri Mahkota.

TAKZIAH BUAT CIKGU HASMIDAN

Takziah buat Cikgu Hasmidan kerana pemergian bonda tercinta ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di samping orang-orang yang beriman.

Al Fatihah.

Sunday, April 25, 2010

LARIAN BATON SUKMA TAHUN 2010 DI MELAKA







Pada 25 April 2010, sekolah kami dipilih untuk terlibat dalam Larian Baton di Adun Serkam sempena Sukan Malaysia di Melaka pada bulan Jun ini. Seramai 120 orang pelajar Tkn 1 dan 2 dari Kg Pulai, Serkam dan Umbai di pilih untuk menyertai program di atas. Tidak ketinggalan 12 orang guru yang diketuai oleh En Buang b Boyak (GPK Ko ku ), En Khairatul Anuar, Tn Hj Mustafa, Tn Hj Abu Zaki, Tn Hj Zainudin Azman, Pn Rohaya, aku, Farhana, Maslina, Kamariah, Azrim.

Sebelum acara larian baton dimulakan, acara senamrobik terlebih dahulu diadakan. Seronok sebab berpeluang senamrobik. Kemudian diikuti oleh bacaan doa dan ucapan oleh ADUN Serkan Tn Hj Ghazalee. Seterusnya acara larian baton dimulakan dengan diketuai oleh Tn Hj Ghazale sendiri. Mereka yang terlibat dikehendaki mengikuti larian tersebut dan diletakkan disetiap check point.

Laluan larian Baton bermula dari Japerun Serkam, diikuti ke Kg Sempang, Kg Tedong Pantai, Kg Serkam, kg Pulai, kg Seri Minyak, Kg Umbai, Kg Berangan Enam, Kg Bkt tembakau dan beakhir di Perkampungan Ikan bakar Terapung. Di Jeti Kg Sempang Pantai larian baton di sambut oleh 5 orang pahlawan Melaka.

Walaupun merka terllibat sangat penat tetapi mendapat satu pengalaman yang sangat menarik. Acara larian berakhir pada 12.00 tengahari. Jumpa di Sukan Malaysia.

Thursday, April 22, 2010

RUMAH BENDAHARA

Rumah Bendahara adalah rumah berwarna kuning. Ini adalah rumah sukan selain daripada rumah laksamana, temenggong dan syahbandar. Dumah apa yang juara tahunalam rumah ni ada 2 orang guru ubk iaitu aku dan rodziah. Tahun ini Ketua Guru Penasihat adalah En Suhaimi Zakarian dan Penolongnya Pn Rodziah Ismail serta ahli jawatankuasa yang lain iaitu Pn Mastura, Pn Hjh Hamilah, aku sendiri, Pn Pauziah, Pn Norlela, En Salleh Anis, En Hasmidan, En Md Thani dan yang lain-lain ( maaf aku tak ingat ). Rumah Bendahara tahun dari segi persiapan sangat hebat terutama menggunakan bendera rumah sukan yang baru berserta lambang harimaunya dan juga pelajar dan guru penasihat rumah memiliki t shirt rumah sukan sendiri. Malangnya tiada acara perbarisan tahun ini, terasa hambar sekali tapi apa nak buat sukan tetap diteruskan. Sehingga kini kami masih lagi belum mendapat keputsan Rumah siapa yang juara, rasa-rasanya Rumah Bndahara banyak mendapat emas ...tak tahulah.

Sikit nak kongsi bukan nak bermegah, ilham menukar bendera baru adalah ilham bersama aku dan cikgu suhaimi serta roziah. Begitu juga kata-kata yang terdapat pada rumah bendahara adalah cetusan ilhamku.

Sunday, April 11, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM NEGERI MELAKA

Hari ini 12 - 14 April berlangsung kejohanan MSSM Negeri Melaka. Peserta olahraga SMK Seri Mahkota turut terlibat dalam kejohanan ini kerana telah berjaya menjadi Naib Johan bagi Zon Merlimau yang telah diadakan pada 6 - 8 Aprl di SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub. Pengurus Olahraga SMK Seri Mahkota adalah Pn Nimarni.

Semoga atlet SMKSM beroleh kejayaan cemerlang serta mengharumkan nama sekolah.

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS




Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Seri Mahkota telah diadakan pada 3 dan 4 April ( Sabtu & Ahad ) di Dewan Mahkota. Kursus ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKSM dan Badan Pengawas SMKSM.
Matlamat program ini ialah membina bakat serta potensi kepimpina pelajar agar menjadi pemimpin masa depan yang berwibawa, bertanggungjawab dan jujur dalam melaksanakan tugas-tugas yang di amanahkan kepada mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ice breaking, Ceramah Kepimpinan disampaikan oleh Tn Hj Abu Zaki Baki ( SMKSM), Latihan Dalam Kumpulan ( Team Buliding - Pipeline dan Nama Jawatan )oleh Pn Rugayah & Pn Hjh Kamsiah, Ceramah Pengucapan Awam - Pn Roslian bt Abd Wahab ( SMKDARY ), Ceramah Pengurusan Diri - Politeknik Merlimau dan Ceramah Antidadah - En Amit Fitri ( AADK Jasin ).
Majlis Penutup disempurnakan oleh Pn Hjh Bibah bt A Rahman Pengetua SMK Seri Mahkota.

TEMASYA SUKAN KALI KE 36

Temasya Sukan kali ke 36, SMK Seri Mahkota telah diadakan pada 8 April 2010 ( Khamis ). Sukan tahunan kali ini tidak semeriah tahun lepas kerana tiada acara perbarisan dan hanya beberapa pertandingan sahaja di adakan antaranya 100m, 400m , 4x100m, 4 x 400m dan lompat jauh.

Rumah-rumah yang bertanding adalah Rumah Syahbandar, Temenggung, Laksamana dan Bendahara. Dalam banyak rumah yang bertanding rumah Bendahara mempunyai semangat kesukanan yang sangat tinggi kerana ahli rumah Bendahara memakai tshirt rumah dan bendera rumah yang baru.

KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pada 10 April 2010 ( Selasa ) telah di adakan Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya di Kolej Komuniti, Jasin. Sebanyak 5 buah sekolah terlibat dalam program ini iaitu SMK Seri Mahkota, SMKA Sharifah Rodziah, SMK Seri Bemban, SMA Assaidah Khadijah dan SMA Tahfiz Alquran. Seramai 100 ahli PRS terlibat dalam kursus tersebut.

Didalam kursus ini ahli PRS diberi pendedahan mengenai PRS, Etika PRS dan Kemahiran asas dalam PRS serta Latihan Dalam Kumpulan ( mengendalikan sesi ). Bagi slot PRS dan Kemahiran Asas dalam PRS telah dijalankan oleh En Shahrul Azwan daripada Management & Science University, Shah Alam, Selangor dan LDK di kendalikan oleh semua Guru Kaunseling daripada sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini.

Majlis Perasmian telah di sempurnakan oleh En Mohd Zulhijri b Sabtu, Penolong Pegawai Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Ucapan terima kasih kepada En Tuah, Tn Hj Hamzah dan En Fuad daripada Pejabat Pelajaran Daerah Jasin kerana kerjasama yang sangat tinggi dalam menjayakan program ini.

Tak lupa kepada Pengetua-pengetua sekolah terlibat, Kolej Komuniti Merlimau dan Tn Hj Malek ( pembekal makanan ) yang sangat memahami kami. Juga En Mohd Salleh b Johan, En Shahrul Azwan dan En Wan Mohd Ashraf ( Management & Science University ).Serta rakan-rakan Pn Rubiah, Pn Nor Fadzlina, Pn Rohani, Pn Nor Radziah, Pn Rohaya, Pn Rodziah, En Aniq Asran, Cik Siti Nor Adni dan Cik Tan.

Monday, April 5, 2010

SELAMAT DATANG DAN BERTUGAS KEPADA GPK 1 EN ZAINUDIN BIN KOMING

5 April 2010, di Majlis Perhimpunan Rasmi, GPK Ko En Buang b Boyak telah memperkenalkan kepada semua pelajar dan guru GPK 1 yang baru En Zainudin b Koming.
En Zainudin juga telah memberikan ucapan dalam majlis itu dengan ucapan salam perkenalan. Beliau juga mengingatkan kepada pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

Info: Pernah bertugas di SMK Seri Mahkota, GPK HEM di SMK Seri Mahkota, Pegawai Teknik & Vokasional PPD Melaka Tengah dan GPK 1 i SMK Tun Mutahir