http://ubkmahkotamelaka.blogspot.com/

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tn Hj Abu Zaki b Baki
Pn Rohaya bt Saleh
Pn Rugayah bt Sulaiman
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Hjh Kamsiah bt Shaari

Saturday, March 20, 2010

Kemana selepas SPM

Banyak tempat yang anda boleh pergi selepas SPM. Bagi yang mempunyai pencapaian cemerlang tidak ada masalah untuk memohon kemana-mana IPT tetapi yang kurang mungkin ada masalah. Apa pun kita kena bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Pada yang bekerja keras tetapi tidak mendapat result yang setimpal dengan usaha anda, anggaplah ia sebagai cabaran untuk kita berusaha lebih lagi. Banyak peluang yang anda boleh pergi dengan syarat anda berusaha dan tidak mudah putus asa.

- Membuat permohonan ke matrikulasi dengan syarat mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan pada peringkat SPM. Ada 3 jenis kursus yang di tawarkan di matrikulasi:-
  • Sains - Sains Hayat dan Sains Fizikal
  • Perakaunan
  • Teknikal ( untuk calon daripada sekolah menengah teknik )
- Kepada yang cemerlang boleh melanjutkan pelajar ke IPTA dengan syarat mendapat lima kepujian dalam SPM. Anda boleh memohon ke IPTA menggunakan laman Kementerian Pengajian Tinggi http://www.upu.mohe.edu.my/ dengan syarat membeli no pin RM 6.00 di BSN. Walaupun saya ada membekalkan satu booklet kursus-kursus yang ditawarkan di sesi 2010/2011 tetapi anda harus melihat syarat kemasukan bagi setiap kursus yang dipohon.

- Bagi yang berminat untuk mengikuti Kursus Perguruan untuk Lepasan SPM boleh membeli no. pin berharga RM 6.00 di Bank Simpanan Nasional dan membuat permohonan secara online di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Nasihat saya untuk membuka laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia paling senang dengan melalui laman sesawang Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Sebelum itu anda kena pastikan anda mendapat gred cemerlang atau A dalam tiga mata pelajaran iaitu :-

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • satu lagi dari mana-mana mata pelajaran
  • lulus Bahasa Inggeris
- Anda juga boleh memohon ke politeknik dengan membuat pembelian no pin di Bank Simpanan Nasional dan membuat permohonan di laman sesawang politeknik
- Bagi yang berminat untuk mengikuti Kursus Separa Perubatan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia hanya perlu membuat permohonan di laman sesawang http://www.spa.gov.my/. Calon pelatih di kolej di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dengan syarat kemasukan:-
  • Sijil Pelajaran Malaysia dengan 3 kepujian dan 3 lulus termasuk Bahasa Melayu.
  • Lulus ujian lisan pada peringkat SPM
  • Keutamaan kepada calon yang mendapt kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
Kursus di Kementerian Kesihatan adalah bertaraf diplomaa. Kursus yang ditawarkan :-

a. Jururawat
b. Jururawat Pergigian ( perempuan sahaja )
c. Juruteknologi Makmal Perubatan
d. Juruteknologi Pergigian
e. Jurupulih Cara kerja
f. Jurupulih Anggota
g. Pembantu Persekitaran
h. Pembantu Farmasi
i. Pembantu Perubatan ( telah mula dibuka kepada calon perempuan )
j. Juru X-ray

- Bagi yang tidak memiliki syarat seperti yang di atas anda boleh memohon kursus Jururawat Masyarakat Pelatih, Atendan, Bomba, Imigeren, Kastam, kerani dan lain-lain pekerjaan lain dengan menggunakan PMR dan SPM di laman sesawang yang sama.

- Bagi yang berminat untuk ke Kolej Komuniti, sila layari laman sesawang online.bpkk.

- Selain itu juga anda boleh memohon untuk menyambungkan pengajian anda di mana-mana IPTS yang ada di Malaysia dengan syarat pastikan IPTS tersebut telah mendapat kelulusan daripada Majlis Akriditasi Negara (MQA)

- Sekiranya anda ditawarkan ke Tingkatan 6, terimalah ia dan diharapkan anda memperolehi pencapaian cemerlang dalam STPM. Di tingkatan 6 disediakan biasiswa. Di kawasan Merlimau, anda boleh belajar ke tingkatan 6 di SMK Seri Mahkota dan SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub bagi aliran sastera. Aliran sains akan ditempatkan di SMK Dang Anum. Unutk daerah Jasin di SMK Datok Bendahara ( Sains dan Sastera ) dan SMK Iskandar Shah. Pelajar aliran agama akan di tempatkan di SMKA Sultan Muhamad.
- Anda juga boleh menyambungkan pengajian di Institut Latihan Perindustrian ( Kementerian Sumber Manusia ), Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran MARA, Giat MARA. Rujuk iklan di akhbar-akhbar utama.
- Bagi yang berminat nak jadi tentera dan polis, sila lihat akhbar untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh dan tempat pemilihan dibuat.
- Selain daripada di atas anda boleh memohon pekerjaan di sektor swasta, kerajaan melalui laman sesawang http://www.jobmalaysia.my/ atau lihat iklan-iklan di akhbar-akhbar utama.
- Bagi mereka yang memohon pada kemasukan Julai tetapi tidak diterima terutama di Universiti Teknologi MARA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian dan IKM, anda jangan rasa khuatir kerana IPT berkenaan akan membuat pengambilan sekali lagi untuk kemasukan bulan Disember. Untuk UiTM, sila lihat iklan di akhbar-akhbar utama pada bulan Ogos.
DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

No comments:

Post a Comment