http://ubkmahkotamelaka.blogspot.com/

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tn Hj Abu Zaki b Baki
Pn Rohaya bt Saleh
Pn Rugayah bt Sulaiman
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Hjh Kamsiah bt Shaari

Sunday, April 25, 2010

LARIAN BATON SUKMA TAHUN 2010 DI MELAKA







Pada 25 April 2010, sekolah kami dipilih untuk terlibat dalam Larian Baton di Adun Serkam sempena Sukan Malaysia di Melaka pada bulan Jun ini. Seramai 120 orang pelajar Tkn 1 dan 2 dari Kg Pulai, Serkam dan Umbai di pilih untuk menyertai program di atas. Tidak ketinggalan 12 orang guru yang diketuai oleh En Buang b Boyak (GPK Ko ku ), En Khairatul Anuar, Tn Hj Mustafa, Tn Hj Abu Zaki, Tn Hj Zainudin Azman, Pn Rohaya, aku, Farhana, Maslina, Kamariah, Azrim.

Sebelum acara larian baton dimulakan, acara senamrobik terlebih dahulu diadakan. Seronok sebab berpeluang senamrobik. Kemudian diikuti oleh bacaan doa dan ucapan oleh ADUN Serkan Tn Hj Ghazalee. Seterusnya acara larian baton dimulakan dengan diketuai oleh Tn Hj Ghazale sendiri. Mereka yang terlibat dikehendaki mengikuti larian tersebut dan diletakkan disetiap check point.

Laluan larian Baton bermula dari Japerun Serkam, diikuti ke Kg Sempang, Kg Tedong Pantai, Kg Serkam, kg Pulai, kg Seri Minyak, Kg Umbai, Kg Berangan Enam, Kg Bkt tembakau dan beakhir di Perkampungan Ikan bakar Terapung. Di Jeti Kg Sempang Pantai larian baton di sambut oleh 5 orang pahlawan Melaka.

Walaupun merka terllibat sangat penat tetapi mendapat satu pengalaman yang sangat menarik. Acara larian berakhir pada 12.00 tengahari. Jumpa di Sukan Malaysia.

No comments:

Post a Comment