http://ubkmahkotamelaka.blogspot.com/

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tn Hj Abu Zaki b Baki
Pn Rohaya bt Saleh
Pn Rugayah bt Sulaiman
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Hjh Kamsiah bt Shaari

Sunday, April 11, 2010

KURSUS ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pada 10 April 2010 ( Selasa ) telah di adakan Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya di Kolej Komuniti, Jasin. Sebanyak 5 buah sekolah terlibat dalam program ini iaitu SMK Seri Mahkota, SMKA Sharifah Rodziah, SMK Seri Bemban, SMA Assaidah Khadijah dan SMA Tahfiz Alquran. Seramai 100 ahli PRS terlibat dalam kursus tersebut.

Didalam kursus ini ahli PRS diberi pendedahan mengenai PRS, Etika PRS dan Kemahiran asas dalam PRS serta Latihan Dalam Kumpulan ( mengendalikan sesi ). Bagi slot PRS dan Kemahiran Asas dalam PRS telah dijalankan oleh En Shahrul Azwan daripada Management & Science University, Shah Alam, Selangor dan LDK di kendalikan oleh semua Guru Kaunseling daripada sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini.

Majlis Perasmian telah di sempurnakan oleh En Mohd Zulhijri b Sabtu, Penolong Pegawai Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Ucapan terima kasih kepada En Tuah, Tn Hj Hamzah dan En Fuad daripada Pejabat Pelajaran Daerah Jasin kerana kerjasama yang sangat tinggi dalam menjayakan program ini.

Tak lupa kepada Pengetua-pengetua sekolah terlibat, Kolej Komuniti Merlimau dan Tn Hj Malek ( pembekal makanan ) yang sangat memahami kami. Juga En Mohd Salleh b Johan, En Shahrul Azwan dan En Wan Mohd Ashraf ( Management & Science University ).Serta rakan-rakan Pn Rubiah, Pn Nor Fadzlina, Pn Rohani, Pn Nor Radziah, Pn Rohaya, Pn Rodziah, En Aniq Asran, Cik Siti Nor Adni dan Cik Tan.

No comments:

Post a Comment