http://ubkmahkotamelaka.blogspot.com/

Guru Bimbingan dan Kaunseling

Tn Hj Abu Zaki b Baki
Pn Rohaya bt Saleh
Pn Rugayah bt Sulaiman
Pn Rodziah bt Ismail
Pn Hjh Kamsiah bt Shaari

Thursday, April 22, 2010

RUMAH BENDAHARA

Rumah Bendahara adalah rumah berwarna kuning. Ini adalah rumah sukan selain daripada rumah laksamana, temenggong dan syahbandar. Dumah apa yang juara tahunalam rumah ni ada 2 orang guru ubk iaitu aku dan rodziah. Tahun ini Ketua Guru Penasihat adalah En Suhaimi Zakarian dan Penolongnya Pn Rodziah Ismail serta ahli jawatankuasa yang lain iaitu Pn Mastura, Pn Hjh Hamilah, aku sendiri, Pn Pauziah, Pn Norlela, En Salleh Anis, En Hasmidan, En Md Thani dan yang lain-lain ( maaf aku tak ingat ). Rumah Bendahara tahun dari segi persiapan sangat hebat terutama menggunakan bendera rumah sukan yang baru berserta lambang harimaunya dan juga pelajar dan guru penasihat rumah memiliki t shirt rumah sukan sendiri. Malangnya tiada acara perbarisan tahun ini, terasa hambar sekali tapi apa nak buat sukan tetap diteruskan. Sehingga kini kami masih lagi belum mendapat keputsan Rumah siapa yang juara, rasa-rasanya Rumah Bndahara banyak mendapat emas ...tak tahulah.

Sikit nak kongsi bukan nak bermegah, ilham menukar bendera baru adalah ilham bersama aku dan cikgu suhaimi serta roziah. Begitu juga kata-kata yang terdapat pada rumah bendahara adalah cetusan ilhamku.

No comments:

Post a Comment